22 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 22 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,853 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antaranys meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses mengesahkan sama ada pesakit meninggal akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,617  kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 34,722 individu atau 83.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,048 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,687 kes dirawat di hospital dan 88 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 88 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 72 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment