Jumaat 2,000 jemaah di Masjid Negeri

SHAH ALAM 13 Okt. – Selangor membenarkan sehingga 2,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) termasuk pentadbir dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pertambahan jemaah dibuat hanya untuk solat Jumaat manakala bagi solat lima waktu, ia sama seperti yang dimaklumkan pada September lalu. Selain masjid negeri, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya masing-masing membenarkan…

Read More

70.3 % lengkap vaksinasi di Sabah

KOTA KINABALU 13 Okt. – Sebanyak 70.3 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah lengkap mendapatkan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun. Beliau berkata peratusan itu mewakili 1,939,517 penduduk berumur 18 tahun ke atas. Katanya, penduduk dewasa di negeri itu yang menerima satu dos vaksin ialah seramai 2,079,569 orang atau 75.4 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah. Kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin setakat 11 Oktober ialah 2,380,981 orang, dengan 2,079,569 orang adalah penduduk dewasa iaitu bersamaan dengan 75.4 peratus…

Read More

7,950 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 13 Okt. –  Sebanyak 7,950 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 2,361,529 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia mencatat sedikit peningkatan berbanding 7,276 kes baharu, semalam. “Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my,” katanya melalui Facebook, di sini.

Read More

Kes Singapura turun bawah 3,000

SINGAPURA 13 Okt. – Buat hari ketiga, jumlah kes Covid-19 yang direkodkan Singapura jatuh ke paras bawah 3,000 apabila melaporkan 2,976 kes baharu harian setakat 12 tengah hari semalam. Dalam kalangan kes baru yang dilaporkan, 2,972 adalah kes jangkitan tempatan meliputi 2,721 kes dalam masyarakat dan 251 kes di asrama pekerja asing serta . empat adalah kes import. Pada masa yang sama 11 lagi kematian dilaporkan akibat komplikasi jangkitan koronavirus itu. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 132,205 dan jumlah kematian pula 183 orang. Menurut Kementerian Kesihatan…

Read More

Pengecualian belum divaksin

SINGAPURA 13 Okt. – Masih ada pengecualian untuk individu belum divaksin memasuki pusat beli-belah dan kedai besar bangunan sendiri apabila langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi berkuat kuasa hari ini. Individu terlibat adalah yang bekerja di pusat beli-belah dan kedai besar bangunan sendiri dan yang ingin mendapatkan khidmat perubatan dan jagaan kanak-kanak dibenarkan masuk jika mereka boleh menunjukkan bukti. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG) mengumumkan pengecualian tersebut dalam satu kenyataan media lewat semalam. Langkah-langkah pengurusan selamat mengikut status vaksinasi diperluaskan kepada pusat beli-belah dan kedai besar…

Read More

FDA tolak Moderna dos penggalak

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan pengeluar vaksin Moderna untuk dos penggalak Covid-19. Menurut saintis, Moderna tidak memenuhi semua kriteria dos penggalak dan permohonan itu tidak diluluskan berkemungkinan besar kerana keberkesanan dua suntikan Moderna sebelumnya masih kekal tinggi. Dokumen FDA mendedahkan data vaksin Moderna menunjukkan ia meningkatkan antibodi perlindungan. Namun perbezaan tahap antibodi sebelum dan selepas suntikan tidak mencukupi. Dokumen dapatan ini dikeluarkan menjelang mesyuarat FDA yang akan membincangkan perihal suntikan penggalak. Moderna memohon kelulusan dos penggalak 50 mikrogram, separuh daripada vaksin asal yang diberikan dalam…

Read More

103 kematian baharu akibat Covid-19

PUTRAJAYA 13 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan 103 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 27,525 kes. Menurut data di portal COVIDNOW, sejumlah 26 daripada 103 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan proses pengesahan kematian sama ada akibat pandemik itu, mengambil masa. Tiada kes kematian harian dilaporkan semalam. Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar…

Read More

90.6 % dewasa lengkap dua dos

PUTRAJAYA 13 Okt. – Kadar vaksinasi Covid-19 penduduk dewasa negara menghampiri 91 peratus apabila 21,220,121 individu atau 90.6 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan dua dos suntikan setakat malam tadi. Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan memaklumkan, 94.9% atau 22.21 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Terdapat pertambahan 129,941 dos diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja. Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,437,380 individu atau 65.6% telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Pada masa sama, 75.2 peratus atau 24.56 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Selain itu, seramai 370,995…

Read More