Kes Singapura turun bawah 3,000

SINGAPURA 13 Okt. – Buat hari ketiga, jumlah kes Covid-19 yang direkodkan Singapura jatuh ke paras bawah 3,000 apabila melaporkan 2,976 kes baharu harian setakat 12 tengah hari semalam.

Dalam kalangan kes baru yang dilaporkan, 2,972 adalah kes jangkitan tempatan meliputi 2,721 kes dalam masyarakat dan 251 kes di asrama pekerja asing serta . empat adalah kes import.

Pada masa yang sama 11 lagi kematian dilaporkan akibat komplikasi jangkitan koronavirus itu.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 132,205 dan jumlah kematian pula 183 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua kematian melibatkan warga Singapura, merangkumi lima lelaki dan enam wanita,  berusia antara 66 hingga 98 tahun.

Dalam kalangan mereka, tiga belum divaksin sama sekali, enam sudah menerima suntikan dos pertama manakala lagi dua sudah lengkap divaksin.

Kesemua mereka juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Related posts

Leave a Comment