212 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kini menunjukkan peningkatan selepas tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 200 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes yang direkodkan hari ini adalah 212 berbanding semalam 238 dan sebelumnya 226.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 365,775.

Sebanyak empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 6,342.

Bagi kes pulih pula, sebanyak 160 pesakit sembuh dalam 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 357,337.

Sementara itu Riyadh merekodkan 83 kes diikuti wilayah Timur 39 dan Makkah 35.

Related posts

Leave a Comment