Sweden hentikan Moderna Covid-19

STOCKHOLM: Sweden akan menghentikan sementara penggunaan vaksin Moderna Covid-19 bagi individu yang dilahirkan pada 1991 dan selepas itu, berikutan laporan tentang kemungkinan timbul kesan sampingan yang jarang berlaku, seperti miokarditis.

Menurut agensi kesihatan Sweden semalam,  data menunjukkan terdapat kenaikan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda yang sudah divaksin.

“Hubungannya sangat jelas bagi vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah dos kedua,” menurut satu kenyataannya.

Agensi kesihatan itu menyatakan ia kini sebaliknya mengesyorkan vaksin Comirnaty dari Pfizer/Biontech.

Mereka yang dilahirkan pada 1991 atau tahun-tahun selepas itu yang sudah menerima suntikan pertama Moderna, iaitu sekitar 81,000 orang, tidak akan mendapat dos kedua Moderna.

Awal minggu ini agensi kesihatan Sweden menyatakan individu berusia 12 hingga 15 tahun hanya akan mendapat vaksin Pfizer/Biontech.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei, sementara Spikevax diluluskan bagi kanak-kanak berusia lebih 12 tahun pada Julai.

Related posts

Leave a Comment