236.1 juta kes global, 4,

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini (pagi Khamis waktu tempatan) melebihi 236.1 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terkini Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara paling terjejas dengan 44.0 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.4 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki adalah antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi dengan melebihi 4.2 juta kes diikuti Filipina lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.2 juta kes dan Thailand dengan 1.6 juta kes. Singapura pula merekodkan lebih 109,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.826 juta dengan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 707,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 598,000 kes, India lebih 449,000 kes, Mexico lebih 279,000 kes sementara Rusia kini lebih 208,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian manakala Jerman  melebihi 93,000 sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka kematian dengan lebih 142,000 kes, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia dengan 26,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 17,000 angka korban.

Related posts

Leave a Comment