6.29 bilion vaksin global disuntik

LEBIH 6.29 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, 4 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India sebanyak 907 juta dos manakala Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 394 juta dos vaksin.

Brazil mencatatkan lebih 241 juta dos sementara Jepun melebihi 164 juta manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 146 juta dos diikuti Thailand melebihi 50 juta, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta dan Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Singapura berkata sehingga Sabtu,2 Oktober, sebanyak  82 peratus penduduk Singapura melengkapkan rejimen vaksinasi penuh mereka atau menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 9.2 juta dos diberikan di bawah program vaksinasi negara termasuk 279,787 suntikan dos ketiga.

 

Related posts

Leave a Comment