Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 4 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia mencatatkan penurunan semalam (Ahad) dengan merekodkan angka 0.87 berbanding 0.89 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang masing-masing merekodkan angka 1.02.

Ini diikuti Terengganu 1.00, Melaka 0.99, Negeri Sembilan 0.99, Pahang 0.98, Kelantan 0.95, Sarawak 0.91 dan Perak 0.91.

Enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.87, Kedah 0.87, Selangor 0.86 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 0.84.

Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment