Australia iktiraf Sinovac, AstraZeneca

CANBERRA 2 Okt. – Australia mengiktiraf kemasukan pelancong luar dan pelajar asing yang lengkap vaksinasi Sinovac Biotech dari China dan Covishield iaitu vaksin AstraZeneca buatan India.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison yang memaklumkan demikan semalam (Jumaat) berkata pintu  sempadan antarabangsa akan dibuka, dijangka bermula pada bulan depan (November).

Keputusan itu dibuat selepas pengawal selia ubat negara itu memberikan kebenaran kepada pelancong dan pelajar asing yang menerima vaksin diiktiraf untuk memasuki negara itu.

Australia antara negara memberi pengiktirafan dan membuka pintu sempadan kepada penerima vaksin Sinovac dan AstraZeneca ketika banyak negara belum mengambil tindakan sama.

Kebenaran itu bakal memberi ruang kepada 57,000 pelajar asing dari China, India, Nepal dan Vietnam untuk memasuki semula negara terbabit bagi menyambung sesi pembelajaran mereka.

Tindakan itu juga dilihat bakal menyelesaikan isu sekatan dagangan China terhadap produk minyak zaitun keluaran Australia.

Sementara itu,  Australia hampir 80 peratus memberi vaksinasi kepada rakyatnya apabila kira-kira 318,000 lagi suntikan dos pertama diberikan kepada rakyatnya berusia 16 tahun ke atas.

Setakat ini lebih 55% rakyat Australia sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment