80.2 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Sept. – Seramai 18,766,340 individu atau 80.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV),

setakat semalam juga, sebanyak 93.2 peratus atau 21,813,163 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 261,255 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 123,414 dos pertama dan 137,841 dos lengkap.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,925,929 dos.

Related posts

Leave a Comment