Kebanyakan negeri tambah kes

PUTRAJAYA 21 Sept. – Semua negeri merekodkan kes baharu Covid-19 termasuk Labuan yang dua hari berturut- turut merekodkan sifar kes mencatatkan 12 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian negara 15,759.

Jumlah kumulatif sejak pandemik bermula pula meningkat kepada 2,112,175 orang.

Berbanding semalam kebanyakan negeri merekodkan pertambahan kes kecuali Kedah, Pahang, Terengganu dan Perlis yang merekodkan penurunan kes.

Tujuh negeri merekodkan pertambahan kes empat angka didahului Sarawak yang mencatatkan 3,732 kes, meningkat berbanding 3,611 semalam.

Ini diikuti Johor 1,959 juga menunjukkan peningkatan berbanding 1,598 semalam, Selangor 1,934 (1,365), Pulau Pinang 1,417 (1,170), Kelantan 1,338 (1,050), Sabah 1,291 (1,255), dan Perak 1,184 (1,090).

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes dengan menunjukkan penurunan jumlah kes berbanding semalam iaitu Kedah 786 (967), Pahang 707 (779) dan Terengganu 592 (804).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 359 kes berbanding 307 semalam diikuti Melaka 264 (162), Negeri Sembilan 127 (125), Wilayah Persekutuan Putrajaya 34 (11) dan Perlis 23 (51),

Related posts

Leave a Comment