Remaja lengkap dos Januari 2020

PUTRAJAYA 20 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Katanya, KKM juga menyasarkan, 80 peratus golongan berkenaan mendapat dos lengkap vaksin menjelang Januari 2022

Beliau berkata, pengecualian hanya akan diberikan kepada remaja yang disahkan oleh doktor mempunyai sebab-sebab tertentu, seperti masalah kesihatan atau alahan terhadap vaksin.

“Kita bersetuju untuk pemberian vaksin kepada remaja bukan sahaja kerana vaksin terbukti selamat, tapi kita juga khuatir dengan peningkatan kes Covid-19 di kalangan remaja.

“Apabila sekolah dibuka, kita mahu pastikan perlindungan untuk remaja,” katanya  di Kick-Off Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja), di SMK Putrajaya Presint 8(1), di sini hari ini.

Khairy berkata, SMK Putrajaya Presint 8(1) akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) sementara untuk Putrajaya.

Beliau berkata, beberapa PPV sedia ada di negeri-negeri akan dibenarkan untuk program walk-in khusus bagi golongan remaja 12 hingga 17 tahun.

“Kita akan umumkan senarai PPV negeri esok, yang remaja boleh pergi dapatkan suntikan vaksin secara walk-in,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment