Hari kedua Singapura lebihi 1,000 kes

SINGAPURA 20 Sept. – Hari kedua berturut-turut, Singapura melaporkan kes harian lebih 1,000 apabila merekodkan 1,009 kes jangkitan baharu setakat tengah hari semalam (Ahad) berbanding 1,004 kes pada Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 919 kes dalam masyarakat dan 90 penghuni asrama pekerja direkodkan di samping tiga kes import, menjadikan jumlah kes harian keseluruhannya sebanyak 1,012.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 77,804 dengan 60 kematian.

Pada masa yang sama empat lagi kluster dikesan iaitu Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh Lorong 8, rumah jagaan Woodlands Care Home dan Windsor Convalescent Home serta prasekolah My Little Campus (Yishun).

Kluster di Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh Lorong 8 merekodkan 41 kes merangkumi 24 kakitangan dan 17 kontak isi rumah.

Kluster di rumah jagaan Woodlands Care Home mempunyai 12 kes termasuk 11 penghuni dan seorang kakitangan manakala 10 kes dicatatkan di rumah jagaan Windsor Convalescent Home, terdiri daripada sembilan penghuni dan seorang pekerja.

Kluster prasekolah My Little Campus (Yishun) pula, mencatatkan 11 kes termasuk sembilan murid dan dua kakitangan.

Menurut MoH, sebanyak 873 kes jangkitan dimasukkan ke hospital dan kebanyakan pesakit dalam keadaan baik serta sedang dipantau

Sebanyak 118 kes yang sakit teruk memerlukan bantuan oksigen manakala 21 dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Daripada 118 kes yang p sakit teruk, 116 adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Related posts

Leave a Comment