Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan terus menunjukkan trend penurunan,  tiga hari berturut-turut dengan 0.92 semalam (Ahad) berbanding 0.94 (Sabtu) dan 0.95 pada hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Pahang dengan merekodkan kadar tertinggi 1.06.

Ini diikuti Sarawak 1.04, Terengganu 1.02, Perak 1.02, Johor 1.00, Kelantan 1.00, Pulau Pinang 0.97, Perlis 0.95 dan Putrajaya 0.93.

Enam negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.91, Melaka 089, Kedah 0.89, Negeri Sembilan 0.85, Selangor 0.83 dan Kuala Lumpur 0.82.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan sifar kes Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment