4,422 kematian ibu bapa, penjaga

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Seramai 4,422 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat Covid-19 dengan 154 daripada mereka menjadi yatim piatu, kata

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Rina Harun.

Beliau berkata, jumlah mereka yang juga murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan direkodkan sejak pandemik melanda awal 2020 hingga 13 September lalu.

Sehubungan itu, pihak kementerian mengambil inisiatif memberi bantuan dan sokongan bagi menampung keperluan hidup mereka.

“Bantuan disalurkan melalui tabung bantuan segera dan bantuan kanak-kanak daripada RM150 hingga RM1,000 sekeluarga. Selain itu, kita juga memberikan perkhidmatan kaunseling membabitkan kaunseling individu, berkelompok dan terapi psikologi,” katanya.

Menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), Rina berkata, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dan tiada waris atau saudara mara juga boleh ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.

Related posts

Leave a Comment