Kadar kebolehjangkitan turun 0.98

PUTRAJAYA 13 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan kembali mencatatkan penurunan dengan merekodkan 0.98 pada Ahad berbanding 0.99 pada hari sebelumnya.

Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan didahului Sarawak yang mencatat kadar tertinggi iaitu 1.18.

Ini diikuti Terengganu 1.08, Johor 1.04, Perak 1.03, Perlis 1.03, Pulau Pinang 1.02, Kelantan 1.02 dan Pahang 1.00.

Sementara itu tujuh negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Kedah 0.94, Sabah 0.93, Melaka 0.92, Putrajaya 0.91, Negeri Sembilan 0.95, Selangor 0.81 dan Kuala Lumpur 0.80.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan tiga  kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment