Kadar kebolehjangkitan naik semula

PUTRAJAYA 10 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan meningkat semula selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.

Semalam, Khamis, 9 September, nilai itu berada pada kadar 0.97 berbanding 0.95 beberapa hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan manakala Kedah menyamai kadar kebangsaan.

Sarawak mendahului dengan kadar tertinggi 1.15 diikuti Perlis yang merekodkan 108 kes semalam mencatatkan 1.09 bersama Terengganu diikuti Pulau Pinang 1.05, Perak 1.03, Johor dan Kelantan 1.02, Pahang 1.01, Putrajaya 1.00 dan Kedah 0.97.

Sementara lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.93, Melaka 0.92, Selangor 0.83, Kuala Lumpur 0.81 dan Negeri Sembilan 0.80.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 15 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment