5.48 bilion suntikan dos dunia

DUNIA merekodkan lebih 5.48 bilion suntikan dos vaksin Covid-19 setakat pagi ini (Selasa) waktu tempatan, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.10 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India sebanyak 698 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat lebih 373 juta dos.

Brazil, Jepun dan Jerman merekodkan lebih 100 juta dos manakala Turki dan United Kingdom masing-masing mencatatkan lebih 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 105 juta, diikuti Malaysia dengan lebih 36 juta dos, Filipina dan Thailand dengan 35 juta dos.

Di Singapura, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 8.7 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, dengan lebih 4.3 juta penduduk sudah selesai menjalani rejimen vaksinasi penuh setakat Ahad.

Selain itu, 170,635 dos vaksin lain yang diiktiraf di bawah senarai kegunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberikan setakat Sabtu, merangkumi 86,101 orang.

Secara keseluruhannya, 81 peratus penduduk Singapura sudah menerima dua suntikan vaksin manakala 83 peratus pula mendapatkan sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Related posts

Leave a Comment