Bersatu tanding 16 kerusi DUN

MUAR 25 Jun – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon adalah antara 16 calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bulan depan.

Beliau bakal berdepan dengan calon PKR, Onn Abu Bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sekali gus mengulangi pertembungan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Batu Pahat.

Turut disenaraikan,  dua beranak, Rasman Ithnain, 59, dan anaknya Mohamad Alias Rasman, 35, masing-masing dicalonkan di DUN Sedili dan Panti.

Bekas Ahli DUN (ADUN) UMNO yang baru sahaja mengumumkan keluar parti, Abdul Mutalip Abd Rahim, akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahan DUN Layang-Layang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Johor,  Dr Sahruddin Jamal pula diberi tugas mempertahankan kerusi DUN Bukit Kepong yang dimenanginya pada PRN lalu.

Calon lain disenaraikan ialah Fairulnizar Rahmat di DUN Penawar; Aisah Esa (Johor Lama); Lim Chin Eng (Stulang); Muhamad Amerul Muhamad (Tenggaroh); Sye Mohamad Syed Alwi (Rengit).

Selain itu, Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Parit Raja); Muhammad Syafiq Aziz (Semarang); Mohd Radzi Amin (Bukit Naning); Mahfidz Omar (Serom); Uzzair Ismail (Kemelah) dan Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin (Bukit Pasir).

Kesemua nama calon Bersatu diumumkan Presidennya, Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum dan Majlis Pengumuman Calon di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh.

Muhyiddin berkata, pada PRN kali ini, Bersatu menyenaraikan calon boleh menang.

“Kita ada ramai calon dan kita buat pelbagai tapisan termasuk dengan Jabatan Insolvesni, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menyenaraikan nama-nama mereka,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment