Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA 7 Sept. – Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan 0.96 semalam, kadar yang untuk hari kedua berturut-turut.

Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.19, diikuti Johor 1.10,  Perlis 1.08, Terengganu 1.08, Perak 1.05, Pulau Pinang 1.05, Kelantan 1.02, Sabah 1.0, Kedah 0.99 dan Pahang 0.98.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Putrajaya 0.96, Melaka 0.89, Selangor 0.88, Kuala Lumpur 0.82 dan Negeri Sembilan 0.79.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya lima kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment