Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 4 Sept. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 turun lagi kepada 0.96 semalam berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang mencatatkan 1.14.

Ini diikuti Perlis 1.13, Johor 1.11, Terengganu 1.05, Pulau Pinang 1.05, Sabah 1.04,

Kelantan 1.03, Perak 1.02, Kedah 1.01, Pahang 1.00 dan Putrajaya 0.99.

Lima negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu

Selangor 0.88, Melaka 0.88, Negeri Sembilan 0.80, Kuala Lumpur 0.79 dan Negeri Sembilan 0.80.

Labuan pula mencatat empat kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment