Kluster pusat pertukaran bas, kedai kopi

SINGAPURA 27 Ogos – Selepas merekodkan 40 kes baharu jangkitan tempatan melalui Kluster Bugis Junction, dua lagi kluster baharu dikesan yang berkaitan dengan tempat kerja.

Dua kluster baharu itu dikaitkan dengan kakitangan di pusat pertukaran bas Punggol dan Toa Payoh serta satu lagi di sebuah kedai kopi di Bukit Panjang.

Kluster pusat pertukaran bas itu adalah kluster tempat kerja yang berasingan di mana 11 kes dikaitkan dengan pusat pertukaran bas Punggol yang terdiri daripada 10 kakitangan dan seorang kontak serumah.

Bagi pusat pertukaran bas Toa Payoh pula terdapat 25 kes, kesemuanya merupakan individu yang bekerja di pusat berkenaan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), semua kakitangan di kedua-dua pusat pertukaran bas itu akan diuji bagi Covid-19 dan kesemua kontak rapat kes tersebut akan dikenakan kuarantin.

Mengenai kluster Kedai Kopi Bangkit 257 di Bukit Panjang, terdapat tiga kes direkodkan.

Semalam MoH melaporkan sebanyak 101 jangkitan telah direkodkan melalui Kluster Bugis Junction.

Related posts

Leave a Comment