Kadar kebolehjangkitan kekal 1.02

PUTRAJAYA 27 Ogos – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia semalam adalah 1.02, paras yang kekal untuk tiga hari berturut-turut.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan di mana Perlis mendahului dengan 1.23.

Ini diikuti Sarawak 1.20, Sabah 1.19, Pulau Pinang 1.14, Johor 1.09, Kelantan 1.08, Perak 1.08, Kedah 1.03 dan Terengganu 1.03.

Enam negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Pahang 1.01, Melaka 1.00, Selangor 0.97, Kuala Lumpur 0.84, Negeri Sembilan 0.82 dan Putrajaya 0.78.

Labuan pula mencatat tiga kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment