13,842,928 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 26 Ogos – Sebanyak 13,842,928 individu atau 42.4 peratus penduduk dewasa negara ini telah melengkapkan  dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) juga  memaklumkan setakat semalam, seramai 18,792,979 individu atau 57.5 peratus sudah menerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 32,635,907 dos.

Menurut JKJAV , peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 59.1 peratus setakat semalam, berbanding 58 peratus, pada Isnin.

Semalam vaksinasi harian mencatat peningkatan kepada 423,380 dos berbanding 420,164 dos pada Isnin, dengan 261,994 daripadanya adalah dos kedua dan baki 161,386 adalah dos pertama.

Negeri dan wilayah yang melebihi 50 peratus populasi dewasa melengkapkan dua dos vaksin adalah Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang.

Related posts

Leave a Comment