Nasihat Dr. M “cepat ambil vaksin”

KUALA LUMPUR 26 Ogos – “Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita,” Itu saranan bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, Ahli Parlimen Langkawi itu menyarankan supaya mereka yang belum mendapatkan vaksin mengambilnya secepat mungkin.

Menerusi catatan baharu di blog peribadinya, TINDAKAN UNTUK COVID-19 (KEPADA SEMUA PENDUDUK MALAYSIA), Dr. Mahathir menggesa rakyat Malaysia terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) walaupun ia sukar dan agak tertekan

“Tetapi jika tidak sanggup mengamal arahan ini, lebih ramai akan dijangkiti, dan maut setiap hari,” katanya yang merujuk SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan membasuh tangan.

Sehingga kini sudah 12,000 orang meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19. Ramai yang tidak dapat dirawat di hospital dan menjadi teruk dan meninggal. Ramai yang tak dapat makan, jauh sekali dari pendapatan.

“Keadaan sekarang amat teruk. Tiap hari 20,000 dijangkiti Covid-19, tidak dapat rawatan, tinggal di rumah, menjadi lebih teruk dan meninggal,” katanya.

Katanya, orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baru.

Related posts

Leave a Comment