31,281,193 dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 23 Ogos – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah memberi sebanyak 31,281,193 dos vaksin sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam, 13,022,246 orang telah melengkapkan dua dos suntikan.

Pada masa yang sama, 18,258,947 individu telah menerima dos pertama.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 adalah dos kedua.

Bagi peratus populasi keseluruhan pula, 39.9 peratus (13.02 juta) sudah melengkapkan vaksinasi mereka dengan 55.9 peratus (18.25 juta) sudah menerima satu dos suntikan.

Wilayah Persekutuan mencatatkan peratusan populasi yang melengkapkan vaksinasi mereka tertinggi diikuti Sarawak (84.6 peratus), Lembah Klang (83.3 peratus), Negeri Sembilan (71.3 peratus) dan Perlis (61.4 peratus).

Related posts

Leave a Comment