Kes harian di Thailand turun

BANGKOK 23 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan apabila merekodkan 17,491 kes berbanding 19,014 semalam dan 20,571 pada Sabtu.

Bagaimanapun jumlah kematian tidak banyak berubah apabila 242 lagi meninggal dunia berbanding 233 kes semalam dan 261 pada 21 Ogos lalu.

Dalam tempoh 24 jam, sejumlah 17,093 kes melibatkan masyarakat awam termasuk tujuh kes import dan 398 dalam kalangan banduan.

Sementara itu, sebanyak 22,134 pesakit dilaporkan sembuh setakat semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan 861,770 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment