Thailand catat 20,571 kes

BANGKOK 21 Ogos – Sebanyak 261 lagi meninggal dunia dan 20,571 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa jumlah keseluruhan 9,087 kematian dan 1,001,418 kes positif.

Daripada kes harian yang direkodkan, sebanyak 20,322 jangkitan tempatan, 10 kes import dan 235 banduan.

Kes sembuh mengatasi jumlah kes positif dengan merekodkan 23,159 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih  818,964 sementara 202,230 sedang menerima rawatan di mana 5,171 kritikal dan 1,123 memerlukan bantuan pernafasan

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 merekodkan daripada 261 kematian, sebanyak 139 adalah lelaki manakala umur mereka pula antara 15 hingga 109 tahun yang ada antaranya menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Mereka terdiri daripada 250 warga Thais, enam Myanmar, dua Kemboja dan seorang masing-masing dari Laos, China dan Belgium.

Bangkok merekodkan 88 kematian di samping wilayah sekitarnya Samut Sakhon (21), Samut Prakan (14) Pathum Thani (14), Nakhon Pathom (2) dan Nonthaburi (2) .

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,342 kes, diikuti Samut Prakan (1,584), Samut Sakhon (1,449), Chon Buri (1,235), Nakhon Ratchasima (613), Nakon Pathom (589), Chachoengsao (587), Ratchaburi (541), Buri Ram (450) dan Kanchanaburi (436).

Kes import melibatkan ketibaan dari Myanmar (4), Malaysia (6), dan masing-masing seorang dari Korea Selatan, India, Amerika Syarikat dan Perancis manakala kewarganegaraan pula Amerika, India, Perancis, empat Myanmar dan tujuh thai.

Related posts

Leave a Comment