Tiga hari rekod tertinggi

PUTRAJAYA 20 Ogos – Sama seperti semalam, sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974, turun daripada 7,175 semalam sementara Perlis naik kepada 64 berbanding 42 semalam

Sabah mencatatkan 2,738 kes, juga meningkat daripada 2,583 semalam dan Sarawak 2,548 berbanding 1,206 semalam.

Peningkatan kes di beberapa negeri termasuk yang memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menunjukkan perkembangan penularan kes Covid-19 membimbangkan.

Perlis yang sebelum ini berstatus negeri hijau, namun pergerakan rentas sempadan dan kelonggaran untuk makan di luar antara punca peningkatan kes di negeri itu.

Kedah pula merekodkan 1,932 berbanding 2,137 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,652 (1,439), Pulau Pinang 1,523 (1,655), Johor 1,323 (1,526), Kelantan 1,281 (1,271), dan Perak 1,248 (1,229).

Negeri lain di bawah 1,000 kes harian adalah Melaka dengan 610 kes berbanding 737 semalam, Negeri Sembilan 608 (556), Terengganu 521 (621), Pahang 517 (736), Putrajaya 24 (26) dan satu kes di Labuan berbanding sembilan semalam.

Related posts

Leave a Comment