Kes sembuh atasi jumlah positif

JAKARTA 20 Ogos – Kes sembuh terus menunjukkan peningkatan ketika jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia turun atau berada di sekitar 20,000 kes.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 26,122 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,499,037 atau 88.6 peratus.

Jawa Timur mencatatkan kes sembuh yang tinggi, 3,347 diikuti Jawa Barat 3,071,  DI Yogyakarta 2,347, Kalimantan Timur 1,434 dan Sumatera Utara 1,311.

Sebanyak 20,004 kes positif direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,950,304 orang dengan kes aktif 327,286.

Jawa Barat mencatatkan 2,742 kes positif, Jawa Timur 2,508, Sumatera Utara 1,481,, Jawa Tengah 1,432 dan Bali 1,039.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 123,981 orang selepas 1,348 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kematian tertinggi direkodkan di Jawa Tengah iaitu 363 kes diikuti Jawa Barat 268, Jawa Timur 203, Bali 73 serta Yogyakarta 47 kes.

Related posts

Leave a Comment