Kes harian tertinggi di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 20 Ogos – Genap dua minggu selepas kes ‘pertama’ setelah 457 hari tanpa kes tempatan, Brunei merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 197 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,333.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media berkata, kenaikan mendadak itu dipengaruhi 106 kes tertunggak yang ujian makmal baru diperoleh  manakala 91 kes dikesan melalui Jabatan Perkhidmatan Makmal

Beliau pada masa yang sama mengesahkan satu kematian pesakit berusia 70 tahun belum divaksin .Kematian disebabkan sakit jantung dan tidak dikategorikan sebagai akibat Covid-19..

Mengenai kes hari ini, kluster aktif terus mencatatkan kes jangkitan iaitu 27 bagi Kluster Chung Hua KB; Kluster Champion 7 – Blue Titanium (25) ; Kluster Champion 7  (1) ; Kluster The Mall  (10) ; Kluster Imigresen (10) ; Kluster PA (6 ) ; Kluster Al-Falah/Freda-Radin (6 ) ; BSP HQ Cluster (Block M) (5) ; Kluster 583 (5), Kluster ABCi (3 ) dan IBTE KB (1).

Satu kluster baharu dengan empat kes dikesan dan dinamakan Kluster 884, ada kaitan dengan kes 884 yang dilaporkan pada 18 Ogos lalu.

Sebanyak , lapan kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah sembuh 351 manakala kes aktif pula sebanyak 979, di mana tiga kes dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment