Penerima Sinovac Turki diberi Pfizer

ISTANBUL 17 Ogos –  Penerima vaksin Covid-19 Sinovac di Turki dibenarkan mendapatkan vaksin Pfizer sebagai tambahan bagi memudahkan perjalanan ke negara-negara yang belum meluluskan vaksin dari China itu.

Kementerian Kesihatan Turki berkata, setakat ini negara itu telah memberikan 83 juta dos vaksin Sinovac dan Pfizer kepada penduduk.

Vaksin keluaran China itu sehingga kini masih belum diluluskan oleh beberapa negara barat menyebabkan ada negara yang mensyaratkan vaksin tambahan selain Sinovac bagi kemasukan ke negara berkenaan.

Bulan lalu, pihak berkuasa Turki mula memberikan dos ketiga kepada pekerja kesihatan dan individu berusia lebih 50 tahun.

Ini selepas kajian menunjukkan bahawa antibodi vaksin Sinovac menurun selepas sekitar enam bulan.

Kementerian Kesihatan turut menyatakan mereka yang telah diberikan dos penggalak Pfizer boleh menerima suntikan Pfizer kedua jika diperlukan untuk perjalanan.

Kementerian itu juga menyatakan akan mula memberikan vaksin Covid-19 kepada individu berusia lebih 15 tahun termasuk kanak-kanak lebih 12 tahun dengan penyakit kronik.

Related posts

Leave a Comment