RAUDHAH, kawasan makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya dibuka semula mulai Subuh Ahad, 18 Oktober. Sebelum ini, selama lebih kurang tujuh bulan tempat suci itu ditutup kerana wabak Covid-19 mulai Mac lalu.
Pada Jun lalu Masjid Nabawi dibuka untuk solat kepada umum tetapi kunjungan ke Raudhah dilarang.
Di Raudhah, jamaah bisa beribadah dan berdoa serta memberi penghormatan kepada Nabi SAW dan dua sahabatnya, Abu Bakar Siddiq dan Umar bin Khattab, di makam mereka.
Bagaimanapun permohonan memasuki Raudhah perlu dilakukan melalui aplikasi Eatmarna.
(Foto FB Haramain)