Kadar kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 17 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19  semalam terus mencatatkan trend mendatar buat hari kelima dengan mengekalkan angka 1.05 sejak Khamis lalu.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, yang sekali lagi didahului Perlis 1.29.

Ini diikuti Sarawak 1.23, Kelantan 1.19, Sabah 1.15, Pulau Pinang 1.15, Perak 1.10, Kedah 1.09, Johor 1.09, Melaka 1.09, Pahang 1.08 dan Terengganu 1.08.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula adalah Selangor 1.01, Kuala Lumpur 0.99, Negeri Sembilan 0.96 dan Putrajaya 0.93.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan dua kes Covid-19.

Related posts

Leave a Comment