Kes di Thailand cecah 907,157

BANGKOK 15 Ogos – Sebanyak 209 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 di Thailand dan 21,882 kes baharu jangkitan dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 7,552 kematian dan 907,157 kes.

Untuk rekod jumlah kes harian dalam tempoh tiga hari lepas adalah 22,782 (12 Ogos), 23,418 (13 Ogos) dan 22,086 (14 Ogos).

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 83 kematian, dua meninggal dunia di rumah manakala lima wilayah, Samut Sakhon, Nonthaburi, Samut Prakan Nakhon Pathom dan Pathum Thani  58 kematian .

Daripada kes baharu yang direkodkan, sebanyak 21,637 kes melibatkan orang awam  (termasuk enam kes import) dan 245 dalam kalangan banduan.

Kes import pula melibatkan ketibaan dua masing-masing dari Taiwan dan Malaysia dan seorang dari Emiriyah Arab Bersatu.

Setakat semalam, sebanyak 21,106 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 688,662 manakala 210,943 sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment