53 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 15 Ogos – Sebanyak 50 kes tempatan Covid-19 dan tiga kes import dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,172 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 30 daripada kes tempatan berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin.

Enam kes berhubung kait dengan kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan manakala 14 kes tiada kaitan dengan kes terdahulu.

Selain itu, tiga kes import Covid-19 sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Kesemua kes dikesan sebaik tiba di sini.

Setakat semalam, jumlah kes baharu dalam masyarakat secara keseluruhannya merosot daripada 611 kes pada minggu sebelumnya kepada 377 minggu lalu.

Bilangan kes tanpa hubung kait dalam masyarakat turut merosot daripada 166 kes kepada 101 sepanjang tempoh yang sama.

Related posts

Leave a Comment