Jepun catat kes harian tertinggi

TOKYO, venue temasya Sukan Olimpik 2020 merekodkan 5,773 jangkitan baharu pada Jumaat ketika Jepun mencatatkan 20,000 kes , angka tertinggi pernah dilaporkan negara itu sejak pandemik bermula.

Ini juga kali kedua, Tokyo merekodkan kes harian tertinggi selepas mencatatkan angka tertinggi, 5,042 pada 5 Ogos lalu dan sejak kebelakangan ini, purata jangkitan dan kes baharu di Tokyo adalah sebanyak 4,155 setiap hari.

Jumlah pesakit Covid-19 dengan gejala yang teruk juga meningkat kepada 1,478 orang pada Khamis, angka tertinggi baharu berbanding 1,413 pernah dicatat pada Mei.

Gabenor Tokyo turut mengeluarkan arahan supaya penduduknya tidak melakukan perjalanan ke wilayah lain yang dikhuatiri akan menngkatkan lagi kes harian.

Sejak Julai, kes pesakit Covid-19 meningkat di seluruh Jepun berikutan program vaksinasi yang dilihat perlahan.

Sistem perkhidmatan kesihatan Tokyo juga berada dalam tekanan yang semakin meningkat.

Jumlah penggunaan katil di hospital untuk pesakit COVID-19 juga dilaporkan melebihi 50 peratus.

Perdana Menteri Yoshihide Suga, juga meminta orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan semasa cuti musim panas,.

Beliau yang turut menyedari bahawa sistem kesihatan dalam keadaan tertekan bagaimanpun menegaskan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melindungi nyawa rakyat.

Related posts

Leave a Comment