Brunei aktifkan Tabung Covid-19

BERAKAS 12 Ogos – Brunei Darussalam mengaktifkan semula Tabung Covid-19 Relief Fund bagi membolehkan orang ramai membuat sumbangan bagi membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan membeli peralatan dan barangan keperluan dalam membendung penularan Covid-19 di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II,  Dr. Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah memberi perkenan baginda untuk mengaktifkan semula tabung itu.

Beliau menyatakan demikian semasa sidang media bersama Menteri Kesihatan berhubung status terkini jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam petang semalam.

Katanya, syarikat dan orang ramai bolehlah membuat sumbangan melalui pemindahan terus secara ‘online’ ke dalam akaun dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bermula hari ini, 12 Ogos 2021 ke akaun ‘COVID-19 Relief Fund’ dengan nombor akaun ‘1010070123’.

“Bagi memastikan sumbangan tersebut digunakan selaras dengan penubuhannya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan akan mengawal dan mengeluarkan dana tersebut setelah mendapat kebenaran dari saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan,” .

Sejak 7 Ogos lalu, Brunei Darussalam mula mencatatkan kes jangkitan tempatan selepas kali terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020. Sehingga semalam lebih 150 kes dilaporkan

Related posts

Leave a Comment