16 juta terima dos pertama

PUTRAJAYA 11 Ogos – Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 rakyat di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, seramai 16,119,916 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini sebanyak 25,366,211 dos.

Sebanyak 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

Selangor mencatatkan pemberian dos kedua harian tertinggi dengan lebih 80,526 diikuti Kuala Lumpur 43,873, Johor 23,059, Pulau Pinang 10,146, Sarawak 13,304 dan Sabah 8,390.

Dari segi jumlah keseluruhan, kira-kira 49.4 peratus rakyat Malaysia sudah menerima dos pertama, manakala 28.3 peratus pula sudah lengkap divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment