Umrah tempatan dan luar mula 9 Ogos

MAKKAH 8 Ogos – Arab Saudi akan mula menerima permintaan menunaikan umrah dari warganegara, penduduk tempatan dan jemaah luar negara mulai 9 Ogos ini selepas lebih setahun tidak menerima jemaah luar susulan wabak Covid-19.

Menurut agensi berita negara SPA hari ini, dengan kapasiti sehingga 60,000 jemaah dan lapan tempoh operasi ibadah itu, dijangka dua juta orang dapat menunaikan umrah di Makkah dan ziarah di Madinah setiap bulan.

Pada masa yang sama jemaah akan tertakluk dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengawal Covid-19.

Jemaah dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka di samping penggunaan aplikasi Etamarna dan Tawakalna bagi urusan permit dan kemudahan lain.

Kementerian Haji dan Umrah juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain dalam isaha memastikan kelancaran perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan jemaah  yang melakukan ibadah itu.

Antara yang turut diberi perhatian adalah  perkhidmatan pengangkutan yang selamat, di mana jumlah penumpang di dalam bas tidak akan melebihi 50 peratus dari kapasiti , bagi menjaga jarak selamat di dalam bas.

Related posts

Leave a Comment