Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 8 Ogos – Selepas merekodkan kes tertinggi 21,838 semalam, Thailand hari ini mencatatkan penurunan kes dengan 19,983 kes baharu  dan 138 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 756,505 dan 6,204 kematian.

Sebelum ini, sejak 4 Ogos, Thailand merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes bermula 4 Ogos (20,200), 5 Ogos (20,920) dan 6 Ogos (21,379).

Daripada jumlah kes baharu itu, 19,633 kes adalah orang awam (termasuk enam import) dan 350 lagi melibatkan banduan.

Bagi kes kematian pula, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memaklumkan, sebanyak 60 kematian direkodkan di Bangkok dan 35 di wilayah sekitarnya iaitu

Samut Prakan, Samut Sakhon, Pathum Thani dan Nakhon Pathom.

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,080 diikuti Chon Buri (1,476), Samut Sakhon (1,391) dan  Samut Prakan (1,137).

Sebanyak 18,503 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 535,515 manakala 214,786 sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment