Singapura lapor kematian ke-42

SINGAPURA 8 Ogos – Seorang wanita rakyat Singapura berusia 80 tahun meninggal dunia semalam akibat komplikasi yang disebabkan oleh Covid-19.

Wanita itu mengalami gejala-gejala Covid-19 pada 21 Julai dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH), dua hari kemudian selepas diuji positif koronavirus.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), beliau belum divaksin dan mempunyai sejarah kencing manis, tekanan darah tinggi dan pemfibrilian atrium.

Pemfibrilian atrium adalah sakit jantung yang menyebabkan kadar degupan jantung tidak normal yang pantas.

Ia merupakan kematian kelima akibat jangkitan Covid-19 sepanjang enam hari yang lalu, selepas seorang lelaki warga Ukraine berusia 34 tahun maut pada Ahad, disusuli wanita tempatan berusia 58 tahun pada Isnin, seorang lelaki berumur 79 tahun pada Rabu dan seorang lelaki 63 tahun pada Khamis.

Setakat ini 42 individu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment