Kadar kebolehjangkitan 1.09

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught naik ke 1.09 pada Jumaat berbanding 1.08 pada hari sebelumnya.

Sebelas negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Kelantan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.28 diikuti Sabah dan Terengganu masing-masing 1.19, Perak dan Pulau Pinang masing-masing 1.18.

Seterusnya Kedah 1.15, Johor 1.14 sementara Kuala Lumpur, Sarawak, dan Putrajaya masing-masing 1.10, Pahang 1.09 manakala Melaka,dan Selangor masing-masing 1.07 dan Negeri Sembilan 1.00

Sementara itu Labuan dan Perlis masing-masing mencatatkan sembilan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment