Lebih 4.34 bilion dos disuntik

LEBIH 4.34 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu, demi

DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 4.34 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu, 7 Ogos 2021.

China mendahului dengan lebih 1.4 bilion dos diikuti India 495 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 348 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jerman menghampiri jumlah tersebut sementara United Kingdom dan Jepun melebihi 86 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan  72.6 juta dos, Malaysia dan Filipina lebih 22 juta dos, Thailand lebih 18 juta dos dan Singapura lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment