Vaksinasi bantu rentas sempadan

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson optimis lebih banyak negara akan membenarkan perjalanan antarabangsa, susulan kadar vaksinasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Johnson menyatakan keyakinan itu selepas mengumumkan pemansuhan peraturan kuarantin untuk pelancong yang divaksinasi sepenuhnya dari Perancis.

Katanya, wujud keperluan untuk mengimbangi keinginan membenarkan orang ramai melakukan perjalanan antarabangsa serta keperluan untuk melindungi daripada varian baharu.

Jelasnya, satu-satunya perkara positif daripada vaksinasi penuh ialah ia memungkinkan perjalanan dari negara-negara Eropah dan dari Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Johnson mengakui, lebih banyak populasi dunia divaksinasi, lebih banyak perjalanan akan dibenarkan.

Related posts

Leave a Comment