AS beri suntikan penggalak

AMERIKA Syarikat akan memberikan suntikan penggalak, atau booster, untuk vaksin Covid-19 kepada rakyatnya yang mengalami penurunan antibodi, kata  pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci.

“Sangat penting bagi kita untuk meneruskan usaha memberi individu-individu tersebut dos penggalak dan kita sedang berusaha ke arah itu sekarang,” katanya pada satu sidang media..

Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) sedang berusaha meluluskan dos ketiga itu secepat mungkin.

Dr Fauci berkata, individu yang mengalami masalah imunisasi mungkin tidak mendapat perlindungan secukupnya daripada vaksin Covid-19 sedia ada.

Justeru, adalah penting untuk memberikan mereka suntikan penggalak.

Beliau menjelaskan, peningkatan kes jangkitan di Amerika Syarikat adalah disebabkan varian Delta dan ia dapat diubah dengan vaksinasi tambahan.

Tujuh negeri di Amerika Syarikat dengan kadar vaksinasi Covid-19 terendah menyumbang separuh daripada kes baharu dan kemasukan ke hospital minggu lalu.

Amerika menyertai beberapa negara lain termasuk Jerman dan Perancis. memulakan pemberian suntikan penggalak.

Related posts

Leave a Comment