Hampir 8 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 6 Ogos – Jumlah kadar pemberian vaksin harian kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 514,674 suntikan bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka itu melibatkan 220,839 dos  pertama manakala 293,835 dos kedua.

Setakat ini, jumlah kumulatif bagi pemberian vaksin di negara ini  sebanyak 23,161,255 juta dos.

Seramai 15,162,424 individu atau 46.4 peratus populasi di negara ini mendapat satu dos vaksin Covid-19 manakala 7,998,831 atau 24.5 peratus lengkap divaksinasi.

Berdasarkan rekod harian pemberian vaksin, Kuala Lumpur merekodkan angka tertinggi bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan secara kumulatifnya mencatatkan rekod tertinggi bagi golongan dewasa lengkap dua dos iaitu sebanyak 83.9 peratus bersamaan 57,449 penerima.

Related posts

Leave a Comment