Kadar kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 8 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam kekal pada kadar 1.05 untuk hari ketiga berturut-turut.

Lima negeri merekodkan kadar di bawah 1.05 manakala dua lagi sama 1.05 dan yang lain mengatasi kadar kebangsaan.

Sarawak terus mendahului dengan kekal pada kadar 1.31, Perak 1.21, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.20, Terengganu 1.17, Negeri Sembilan 1.10, Pahang 1.09, Melaka 1.08, Selangor 1.07.

Perlis, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan kadar 1.05.

Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03, Kelantan 1.00, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.96, dan Sabah 0.82.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment