AS cadang buka sempadan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bercadang membenarkan semula pelancong asing yang sudah lengkap divaksinasi memasuki negara itu, setelah menutup sempadannya kepada sebahagian besar dunia akibat pandemik Covid-19.

Rumah Putih dalam kenyataan semalam (4 Ogos).bagaimanapun tidak menyatakan jangka masa bila ia akan dilaksanakan.

“Ini akan dilaksanakan secara bertahap dengan menekankan pelancong dari semua negara yang akan memasuki Amerika Syarikat perlu membuktikan sudah mendapat vaksin Covid-19 lengkap,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, rancangan itu menandakan evolusi signifikan pendekatan pemerintah AS membendung pandemik itu, yang ketika ini masih mengekalkan sekatan terhadap kedatangan pelancong antarabangsa.

“Sekumpulan individu sedang menyediakan sistem baharu yang lebih ‘konsisten dan selamat’ untuk kemasukan pelancong antarabangsa sebaik saja mendapat kebenaran untuk membuka sempadan negara,” katanya.

AS ketika ini melarang kemasukan pelancong dari negara Kesatuan Eropah (EU), Britain, Ireland, China , India, Afrika Selatan, Brazil dan Iran berikutan pandemik Covid-19.

Beberapa negara termasuk Kanada dan United Kingdom dibuka untuk pelancong dari Amerika Syarikat, yang sudah divaksinasi.

Isnin lalu, Amerika mencapai matlamat memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 kepada 70 peratus rakyat dewasa.

Related posts

Leave a Comment