12 negeri atasi purata kebangsaan

PUTRAJAYA 3 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam, 2 Ogos untuk seluruh negara adalah 1.07 berbanding sebelumnya 1.08.

Dua belas negeri dan Wilayah Persekutuan bagaimanapun mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Terengganu mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.30.

Ini diikuti Kelantan 1.25, Perak 1.20, Sabah 1.19, Kedah 1.18, Pulau Pinang 1.17, Johor 1.14, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.13, Putrajaya dan Pahang masing-masing 1.11, Selangor dan Sarawak masing-masing 1.08.

Negeri yang mencatatkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Melaka 1.06 dan Negeri Sembilan 0.91.

Sementara Perlis dan Labuan masing-masing merekodkan sembilan dan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment